Wednesday, March 23, 2011

PASPB: Seperti diramal tarikh pilihanraya Sarawak ikut ci...

PASPB: Seperti diramal tarikh pilihanraya Sarawak ikut ci...: "PRN Sarawak : 6 April Penamaan, 16 April Pengundian KUCHING 23 MAC : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon pula akan diadakan pada 6 April.Pengumuman pilihanraya tersebut dibuat setelah dewan undangan negeri Sarawak dibubar pada Isnin lalu.                                                                                                                                                                        Setelah pihak SPR bermesyuarat kelmarin, pihak SPR menetapkan 16 April ini sebagai tarikh pengundian dan tempoh berkempin hanya 10 hari sahaja.Ini jelas sekali bahawa pilihan raya Serawak kali ini mengikut cita rasa pihak BN.                                                                                                                                                               Walaupun sebelum ini pihak pembangkang telah membuat bantahan namun SPR menolak atas alasan yang tidak munasabah.Alasan dari pihak SPR ialah bimbang pihak pembangkang mencetuskan kontroversi.Dengan tempoh berkempen yang singkat ,ini akan memberi cabaran hebat kepada pihak Pakatan Rakyat....

PASPB: PR dan SNAP sepakat hadapi BN

PASPB: PR dan SNAP sepakat hadapi BN: "Anwar : Pakatan-SNAP Gerak Sebagai Satu Pasukan Di Sarawak KUALA LUMPUR 22 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini men..."

Saturday, March 19, 2011

SELONGKAR HIKMAH di sebalik hukum hudud & rejam.....

Adakah anda pernah membaca kisah Abukar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman rejam kerana berzina di Mogadishu,Somalia? Dalam kisah itu,beliau dikenakan hukum rejam kerana beliau sudah berkahwin, manakala pasangan kekasihnya dikenakan hukuman sebat sebanyak100 kali kerana beliau masih bujang.Hukuman tersebut dijalankan pada pertengahan bulan Desember 2009.Pelaksanaan hukuman ini diadaka dikhalayak ramai dengan disaksikan lebih  seratus orang penduduk tempatan.

Agak menyedihkan apabila melihat hukuman yang dikenakan terhadap mereka.Memang pada mata kasar kita ,mengaggap hukuman tersebut agak kasar dan kelihatan zalim kepada mereka yang dihukum, tetapi adakah anda tahu kebaikan dan hikmah di sebalik perintah Allah terhadap ummatnya itu...Memang dalam Islam, hukum kepada penzina yang belum berkahwin ialah sebat 100 kali sepertimana perintah Allah dalam surah An-Nur yang bermaksud "perempuan berzina dan lelaki berzina,hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamuberasa belas terhadapkedua-duanya dalam melaksanakan perintah Allah,jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukuman terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang beriman."

Jika kita lihat, ayat tersebut yang menerangkan tentang hukuman terhadap penzina-penzina dengan 100 kali sebatan.Namun  kepada yang sudah berkahwin hukumannya ialah rejam sampai mati.Walaupun hukuman tersebut tidak disebut di dalam Al-qur'an namun penegasan hukuman ini ditegaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadithnya yang bermaksud "ambilah olehmu(peraturan) daripada aku,ambillah daripada aku.Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu perawan dan jejaka. Hukumnya dirotan sebanyak 100 sebatan dan dibuang daerah selama setahun. Janda dan duda, hukumnya dirotan sebanyak 100 kali serta direjam."(riwayat Muslim dan Abu Daud). 

Terdapat perbezaan antara hukuman penzina yang belum berkahwin dengan yang sudah berkahwin.Oleh itu, para Ulama' telah menggariskan bahawa hukuman sebat 100 kali hanya kepada yang belum berkahwin manakala yang sudah berkahwin direjam sampai mati.Kepada yang belum berkahwin,disebat 100 kali dianggap wajar kerana mereka belum merasakan nikmat perkahwinan dan ia juga sebagai peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang ingin mencubanya.Bagi yang sudah berkahwin pula,hukuman rejam adalah wajar kerana mereka pernah merasai nikmat perkahwinan.Tambahan pula,mereka sudah mempunyai pasangan dan anak sebagai keluarga yang baik.Jadi tiada alasan untuk mereka ini mencari pasangan lain untuk melakukan seks.

ROTAN MAMPU MENGELAK AIDS....

  Memang hukuman ini dari sudut pandangan mata kasar nampak kasar, kejam dan menakutkan,tetapi mari kita lihat hukuman tersebut daripada perspektif dan kajian sains.Dalam badan manusia terdapatsatu sistem pertahanan badan yang dipanggil sel darah putih.Ia adalah B Limfosit yang turut berperanan menghasilkan imuniti pembaikan sel iaitu cell-mediated immune system.Apabila virus HIV menyerang ,sistempertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan oleh virus HIV tersebut dengan melekatkan dirinya pada sel darah putih dan menggagalkan fungsi sistem tersebut.Akibatnya, seluruh sistem pertahanan badan akan mengalami kalumpuhan.Ia dipanggil acquired immunologic deficiency syndrom @ AIDS.Bagi mereka yang belum berkahwin,mereka masih mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan bertenaga,sekiranya penzina itu dijangkiti HIV selepas berzina,T4 Limfositnya akan diserang HIV lalu menyebabkan sel-sel T4 tersebut musnah dan mematikan sel-sel sumsum tulangnya.Akibatnya ,sel-sel T4 yang baru tidak dapat dihasilkan dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia(air mani).Badan akan menjadi lemah dan AIDS mula menyerang ,tetapi pesakit ini boleh sembuh.Untuk mengelaknya,penzina tersabut perlu disabat dan badannya mesti mengalami kerosakkan sel yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru.Di samping itu, ia akan menggalakkan sumsum tulang menghasilkan antibodi yang baru.Cara terbaik adalah sebat di bahagian belakang antara tengkok dan atas pinggang.Dengan ini, penghasilan sel-sel T4 akan terjadi sebanyak  2-5 kali ganda jumlahnya berbanding jumlah AIDS tersebut.                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Bagi yang sudah berkahwin ,sel-sel T4 mereka sudah lemah dan mudah dijangkiti HIV berbanding yang belum berkahwin.Kelemahan ini berpunca daripada kehakisan sumsum tulang dan karang menghasilkan antibodi kerana tertumpu kepada penghasilan benih untuk sperma-sperma yang yang baru.Penzina ini tidak dapat diselamatkan lagi dan rejam sehingga mati adalah penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit AIDS.Akhirnya ,rumah tangga penzina tersebut akan terselamat dari jangkitan HIV.Memang kelihatan aneh dan janggal ,tetapi itulah salah satu kelebihan yang diberikan Allah kepada manusia sebagai pengajaran.Janganlahkita melihat ia hanya mendatangkan satu beban atau masalah,tetapi pandanglah ia sebagai satu pembawa kebaikan bersama dari sudut agama dan sains....